From BCMpedia. A Wiki Glossary for Business Continuity Management (BCM) and Disaster Recovery (DR).
Jump to navigation
Jump to search
Latest revision as of 09:47, 25 July 2013
1. Plan-Do-Check-Act Cycle Kitar Rancang-Buat-Semak-Bertindak (PDCA) ialah proses penyelesaian masalah empat langkah berlelar yang biasanya digunakan dalam penambahbaikan proses perniagaan.
Nota:
- RANCANG: Wujudkan objektif dan proses yang diperlukan untuk menyampaikan hasil menurut output yang dijangka. Dengan menjadikan output yang dijangka sebagai tumpuan, ia berbeza daripada teknik lain dari segi kesempurnaan dan ketepatan spesifikasi yang juga merupakan sebahagian daripada peningkatan.
- BUAT: Laksanakan proses baharu. Jika boleh, lakukan secara kecil-kecilan.
- SEMAK: Nilaikan proses baharu dan bandingkan hasilnya dengan hasil yang dijangka untuk menentukan apa-apa perbezaan.
- BERTINDAK: Analisiskan perbezaan untuk menentukan puncanya. Setiap perbezaan akan menjadi sebahagian daripada salah satu atau lebih langkah P-D-C-A. Tentukan tempat untuk melakukan perubahan yang akan merangkumi pembaikan. Apabila pelaksanaan keempat-empat langkah ini tidak memerlukan pembaikan, perhalusi skop penggunaan PDCA sehingga adanya pelan yang melibatkan pembaikan.
|