Ms:Klinik Persediaan Pandemik
1. Pandemic Preparedness Clinics (PPC) Klinik Persediaan Pandemik ialah penyedia penjagaan kesihatan utama yang membentuk bahagian penting Rangka Kerja Respons Pandemik Flu bagi Kementerian Kesihatan Singapura.
PPC disokong oleh Kelengkapan Pelindung Diri dan Tamiflu daripada simpanan stok negara untuk membantu menguruskan wabak flu dalam komuniti. Semua poliklinik juga adalah sebahagian daripada rangka kerja PPC. PPC yang ditempatkan di seluruh pulau akan membantu memastikan mereka yang mempunyai penyakit serupa flu mudah mendapatkan penilaian perubatan dan rawatan segera. PPC telah menjalani latihan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka menguruskan flu dan pesakit dengan keadaan kesihatan yang lain dengan selamat. Klinik Persediaan Pandemik (PPC) boleh dikenali melalui simbol "sedia H1N1".
|