Ms:Tamiflu
1. Tamiflu Tamiflu ialah nama jenama untuk oseltamivir fosfat. Ia ialah ubat antivirus yang digunakan untuk melawan virus.
Nota: Secara khususnya, Tamiflu melawan virus influenza. Apabila seseorang mendapat flu, Tamiflu boleh membuatkan kesakitan itu berakhir dengan lebih cepat dan menjadi kurang teruk. Ia tidak menyembuhkan flu tersebut; tiada ubat untuk flu. Tamiflu bukan vaksin atau antibiotik. Tamiflu merencat aktiviti neuraminidase, protein pada virus flu yang membolehkan virus bergerak dari satu sel ke sel lain. Oleh itu, Tamiflu dipanggil "perencat neuramidinase." Tanpa vaksin untuk strain flu yang baharu, antivirus seperti Tamiflu dan Relenza dianggap sebagai alat farmaseutikal terbaik.
|