Ms:Objektif Audit
1. Audit Objective Objektif Audit ialah tujuan atau matlamat proses atau aktiviti audit yang ditetapkan.
Nota (1): Objektif biasanya dinyatakan sebagai sasaran boleh ukur. Istilah objektif juga digunakan secara tidak formal bagi maksud Keperluan. Nota (2): Dalam mendapatkan bukti bagi menyokong sesuatu dakwaan, juruaudit membentuk objektif audit khusus berkenaan dengan dakwaan tersebut. Sebagai contoh, objektif yang berkaitan dengan dakwaan kesempurnaan bagi baki inventori ialah kuantiti inventori termasuk semua produk, bahan dan bekalan yang ada.
|