Ms: Objektif Masa Pemulihan
1. Recovery Time Objective (RTO) Objektif Masa Pemulihan merujuk tempoh masa maksimum yang boleh diterima sebelum kepincangan fungsi perniagaan menjejaskan organisasi dengan teruk. Tempoh masa maksimum ini adalah yang dipersetujui untuk menyambung semula fungsi perniagaan kritikal.
RTO terdiri daripada komponen berikut: Bermula dari waktu berlakunya bencana, waktu sebelum bencana diisytiharkan, waktu untuk menjalankan tugas (seperti yang didokumenkan dalam pelan BC atau DR) sehingga waktu penyambungan semula perniagaan, iaitu apabila data yang hilang, sehingga waktu bencana, dipulihkan. Istilah Berkaitan: Objektif Pemulihan, Objektif Titik Pemulihan (RPO)
|