Ms:Strategi pemulihan

From BCMpedia. A Wiki Glossary for Business Continuity Management (BCM) and Disaster Recovery (DR).
Revision as of 12:27, 26 July 2013 by Qinting (talk | contribs)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
1. Recovery Strategy Strategi pemulihan Kategori Strategi Pemulihan Data dan Perlindungan Data termasuk yang berikut:

(a) Sandaran Data

  • Pelombolan Luar Tapak Fizikal
  • Pelombolan Elektronik
  • Pelombolan Pita Jauh

(b) Replikasi

  • Replikasi Segerak
  • Replikasi Tak Segerak
  • Replikasi Data
  • Replikasi Pangkalan Data

(c) Pencerminan

  • Pencerminan Data
  • Pencerminan Cakera
  • Pencerminan Jauh
  • Penjurnalan Jauh
  • Pembayangan Pangkalan Data

(d) Pelaksanaan Storan Bingkas

  • Tatasusunan Lewah Cakera Tak Bersandar (RAID)
  • Bekalan kuasa lewah
  • Sambungan pelayan lewah
  • Virtualisasi
  • Gugusan
  • Storan Bergabung Rangkaian (NAS)
  • Rangkaian Kawasan Storan (SAN)

Nota: Replikasi digunakan apabila RTO sangat singkat dan RPO sangat sensitif masa. Replikasi boleh menjadi replikasi segerak atau replikasi tak segerak.


Replikasi Segerak bermaksud aplikasi akan menerima pengesahan serentak untuk data yang ditulis secara serentak kepada cakera atau lokasi.

Replikasi Tak Segerak bermaksud aplikasi akan menerima pengesahan daripada tulisan utama dahulu dan kemudian tulisan kedua kerana tulisan kedua mungkin ke tapak alternatif yang terletak beratus-ratus kilometer jauhnya; oleh itu, pengesahan tulisan kedua akan mengambil masa yang lama. Tujuan pemilihan replikasi tak segerak adalah untuk mengurangkan impak terhadap prestasi aplikasi utama (tidak perlu menunggu tulisan kedua sebelum bertindak) kerana mesin ini biasanya mesin kritikal.

Lanjutan pilihan replikasi segerak dan replikasi tak segerak, terdapat tiga peringkat pelaksanaan yang mungkin:

(a) Peringkat Hos – replikasi dilakukan pada peringkat pelayan

(b) Peringkat berdasarkan tatasusunan – penggunaan tatasusunan storan, iaitu Tatasusunan Lewah Cakera Tak Bersandar (RAID) dan perisian khusus yang akan melakukan replikasi dari tatasusunan ke tatasusunan

(c) Peringkat fabrik – Replikasi dilakukan dalam fabrik itu sendiri, contohnya fabrik SAN atau Visualisasi yang memintas atau melencong I/O dan bergerak ke fabrik lain dan seterusnya terdapat sedikit kebergantungan pada pelayan atau tatasusunan tertentu.



(Source: Business Continuity Management Institute - BCM Institute)