From BCMpedia. A Wiki Glossary for Business Continuity Management (BCM) and Disaster Recovery (DR).
Jump to navigation
Jump to search
1. BCMBoK 2: Risk Analysis & Review BCMBoK 2: Analisis & Kajian Semula Risiko Kumpulan Ilmu Pengurusan Kesinambungan Perniagaan 2 atau BCMBoK 2 memberikan jangkaan minimum kepada ahli profesional BCM dalam bidang Analisis & Kajian Semula Risiko.
Menaksir risiko untuk organisasi, khususnya untuk BCM.
- Memahami prinsip taksiran risiko.
- Membentuk mekanisme penskoran yang sesuai.
- Mengenal pasti jenis ancaman dalaman dan luar yang boleh menyebabkan gangguan dan menaksir kebarangkalian serta impaknya.
- Menilai dan mengutamakan ancaman.
- Menentukan pengendalian risiko.
- Memahami jenis pengendalian risiko.
- Melakukan aktiviti pengendalian risiko - pengelakan risiko, pengurangan risiko, pemindahan risiko & penerimaan risiko.
- Merumuskan strategi pengendalian risiko.
- Menilai alternatif peminimuman risiko berdasarkan spesifikasi dan kekangan kos.
- Mengkaji semula prosedur pengendalian semasa untuk memastikan wujudnya perlindungan dan pelan risiko yang mencukupi.
- Menyerahkan strategi pengendalian risiko kepada orang yang sewajarnya untuk diluluskan.
Istilah Berkaitan: Analisis dan Kajian Semula Risiko.
Menghadiri kursus kesinambungan perniagaan yang berkaitan dengan Analisis Risiko
|